Friday, January 6, 2012

Assalamualaikum w.b.t...hello..hehe..lamak dah x post blog eh..torang baca entry sedih2 baboon yaaa sorilah ooo..besalah..orang tgh tension..hahahahha..blog tk tmpt ku mluah prasaan,idea,kegilaan dan sebagainya lah..hahahaha..ok..cukuplah..aku da jumpa cgek artikel tk tek d internet..pasal jodoh..yaaaa..i know..pa kah bercrita pasal jodoh nk..hahaha..kita semua manusia tk nng gila nng nikah..besalah..nikah ya sunnah nabi..nikah adalah satu ibadah..nikah juak impian manusia nk inginkan kehidupan tk lebih bermakna gk..besalah..fitrah manusia di cipta berpasangan...sapa xmk nikah nk..teruskan keturunan..klak aku ada keturunan sendiri..hahahaha..
cita pasal aku tk tek..aku sbnrnya dah berhajat nk nikah..serious n jujur aku katakan..aku dah berfikir mk nikah..aku xmk main2 gk dalam perhubungan tk..xda makna nya..kehidupan akan lebih bermakna gk mn hidup aku ada hala tuju..heheheh..yalah..jodoh yaa rahsia Allah..tapi kadang2 banyak pendapat tentang jodoh tk di polah manusia..dibah tk antaranya..apa sebenarnya jodoh ya..dalam islam..n nk sebetul-betulnya..aku dah berkenan ngan seorang wanita tk nk aku mk jadikannya isteri aku nk sah..aku berharap gilak nya dapat jadi isteri aku..sebab perasaan sayang n cinta tk datang dari Allah..kita perlu ikhtiar n usaha mn kita maok...hahaha..serius aku tk oi...boh torang pk aku main2...ku harap,Allah akan restui n permudahkan usaha aku mk jadikan wanita ya isteri aku..insyaAllah..amin...



Bismillahirahmanirahim... Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam yang telah memberikan nikmat yang tidak terhitung oleh kita.
Selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, Rasul pilihan utusan Allah SWT

Buat panduan bersama, soal jodoh dan pertemuan bukan suatu yang mudah untuk diungkapkan karena kadang-kadang ia terjadi dengan sendiri tanpa kita sedari.

Allah berfirman : “Dan di antara tanda-tanda kekuasaaan Allah ialah menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.”(Surah Ar-Rum: 21)

Dalam kehidupan masyarakat, perkawinan/pernikahan sangat diperlukan. Tujuannya adalah untuk meneruskan kehidupan umat manusia di bumi ini. Perkahwinan merupakan fitrah bagi setiap makhluk Allah dan menjadi asas bagi melanjutkan bahtera kehidupan.

Seringkali kita mendengar ungkapan: jodoh pertemuan, ajal maut di tangan Tuhan. Pendapat ini baik kerana ia dapat mendidik manusia dengan sifat Qana’ah (bersyukur dengan apa yang ada) tetapi, wujud pula manusia yang terlalu cepat menyerah kepada takdir, tanpa sebarang usaha.



Beberapa pendapat tentang jodoh :

1- JODOH SEBAGAI TAKDIR


“Jodoh di tangan Tuhan, manusia mesti merima jodohnya, baik ataupun buruk.” Pendapat ini sangat besar pengaruhnya dan berkembang luas dalam masyarakat, tapi sayang pendapat ini kurang tepat. Jika pendapat tersebut hanya bermaksud: “Jodoh di tangan Tuhan makan ada kebenarannya. Tetapi ayat yang seterusnya terkeluar dari hakikat sebenar.

Kekeliruan yang nyata sebagai bukti lemahnya pendapat itu seringkali kita dengar, “Sudah takdir Tuhan, jodoh saya tak panjang.” Daripada pendapat itu, adakah Tuhan bersalah memutuskan hambanya? Hakikat sebenarnya, siapa yang memutuskannya.

2- MENCARI JODOH


“Jodoh di tangan Tuhan, tetapi manusia harus beriktiar mencari dan memilihnya.” Pendapat ini lebih baik dari pendapat pertama, walaupun masih belum sempurna. Masalahnya terletak pada sudut ikhtiar untuk mencari dan memilih jodoh.

3- BERIKHTIAR DAN BERTAWAKAL

“Jodoh di tangan Tuhan dan manusia wajib berikhtiar mencari dan memilihnya sesuai dengan ketentuan yang ditentukan Tuhan.”
Pendapat ini lebih sempurna. Memang itulah aturan mencari dalam memilih jodoh. Selain daripada pendapat di atas, masih ada cara lain yang digunakan di beberapa tempat seperti :

a. Jodoh dicari dan dipilih oleh orang tua tetapi perkawinan berlangsung atas persetujuan anak.
b. Anak lelaki mencari dan memilih jodohnya sendiri tetapi keputusan berkahwin bergantung kepada orang tua.
c. Anak lelaki atau perempuan mencari dan memilih jodohnya sendiri tetapi keputusan menikah bergantung kepada kedua belah pihak orang tua.
d. Anak lelaki atau perempuan mencari atau memilih jodohnya sendiri serta menentukan sendiri perkahwinannya.

Mengikut ajaran Islam, persetujuan antara kedua belah pihak merupakan perkara asas, iaitu atas persetujuan dari calon suami dan isteri. Ini disebabkan perkahwinan di dalam Islam bertujuan untuk keselamatan dan kesejahteraan pasangan tersebut. Kedua orang tua harus turut serta memikirkan atau memerhatikan jodoh bagi anaknya. Jadi, masalah memilih jooh dalam Islam boleh dilakukan oleh anak ataupun kedua orang tua. Namun begitu, kedua orang tua tidak boleh sesuka hati mencarikan calon untuk anaknya. Ianya mestilah berlandaskan ajaran Islam.

Walaupun perasaan cinta dan kasih sayang merupakan fitrah dari Allah, tetapi kiat perlu sedar bahawa keabadian cinta itu tidak diperolehi sebagai satu anugerah tanpa diiringi dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Sikap berhati-hati dalam menentukan pilihan untuk pasangan hidup merupakan ciri khas dari insan budiman. Sekiranya salah membuat pilihan, bererti sepanjang hayat menanggung penyesalan sikap memilih dan ingin dipilih adalah hak bagi setiap manusia.



So,ada paham dengan artikel di atas??hahahah..yalah..artikel tk memberi aku 1000 semangat dengan hidup aku nk tgh frust gila babeng tk..kita jangan mengalah..jangan sesekali mengalah..sebab mn kita mengalah,ya tandanya kita dah putus asa n xmk usaha..kita xmk mengalah,ya tandanya kita masih berusaha untuk pergi ke jalan yang baik..ikhthiar namanya..lepas kita ikhthiar,kita tawakkal laa..ya caranya bagi kita umat islam mintak pertolongan dari Allah S.W.T..dan ku nk ingatkan ngan torang jangan terlalu memilih jodoh..kita cermin dolok diri kita..if kita tk perangai kdk ambuk,jangan la berangan jodoh kedak pusak..hahaha..apakah..apapun..ku harap Allah permudahkan usaha aku n berikan yang terbaik untuk aku n wanita nk aku pilih tk...sekian..Assalamualaikum W.B.T..bye2..

-DoMiE-





No comments:

Post a Comment